e-Book Sesal Yang Terlewat - Aein Dhiyauddin

“Saya Farhan Aziz bin Ahmad menceraikan Nur Alia binti Malik dengan talak satu.”

Tiga kali Farhan sebut talak satu. Bermakna jatuh talak tiga ke atas Alia, isterinya. Semuanya kerana mereka tidak memperolehi zuriat walaupun sudah 8 tahun berkahwin.

“Kenapa tiga Farhan?” - Alia

“Sebab aku tak nak kau rayu ayu. Aku nak kahwin dengan Safiya dan bina keluarga dengan dia. Kau tak mampu bagi aku keluarga.” – Farhan

Farhan mahu membina hidup baru dengan pilihan emaknya. Mahu memberikan emaknya cucu tanpa gangguan dan rayuan Alia di kemudian hari. Oleh sebab itu dia jatuhkan talak tiga sekali gus. Namun kuasa Allah menentukan sesuatu yang lain.

“Kak Alia mengandung dua bulan.” – Faezah

Tergemap Farhan dengan berita yang adiknya bawakan. Mahkamah sudah mengesahkan talak tiga yang dia jatuhkan. Tak mungkin dia dapat kembali kepada Alia. Zuriat yang mereka nantikan selama ini muncul juga. Namun talak tiga bermakna tiada jalan untuk mereka kembali bersatu. Menyesal? Tiada gunanya. Masa tidak akan dapat diundurkan kembali.

“Lepas awak bersalin. Saya akan cari cina buta. Saya nak kita kahwin balik. Tolong setuju. Saya betul-betul menyesal lafazkan talak tiga.” – Farhan.

Adakah Alia akan mengikuti kemahuan Farhan?

Adakah mereka berdua akan Kembali Bersatu?

Your Product

e-Book Sesal Yang Terlewat - Aein Dhiyauddin

RM 11

STOCK
97

Your Info

Name *
Email *
Phone *
Note

Payment Method

Payment Tutorial using OsiPay (FPX Online banking & Credit/Debit Card)

Subtotal
RM 11.00

Total

RM 11.00

Apply Coupon Here

Perlu Bantuan?